Saturday, May 14, 2011

GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENTERNAKAN BURUNG WALIT 雨燕准则


 这是马来西亚兽医局所出版的饲养雨燕的准则之一部份'GAHP'准则,以后将以1GP取代。

 This  part of GARIS PANDUAN AMALAN BAIK PENTERNAKAN BURUNG WALIT “Good Animal Husbandy Practices" by JABATAN PERKHIMATAN HAIWAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA.

Hopefully, we can have the Satu Garis Panduan (1GP) soon.


PEMBANGUNAN INDUSTRI BURUNG WALIT NEGARA
1. Pada 1 April 2009, Kerajaan telah memutuskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
(JPV) dilantik sebagai agensi peneraju bagi merancang pembangunan industri
burung walit di negara ini. Berikutan dari arahan itu, JPV telah melaksanakan
usaha-usaha menyelaras undang-undang dan peraturan beserta garis panduan
yang menjadi wadah utama untuk memantapkan Industri Walit keseluruhannya.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi JPV telah mengambil
beberapa tindakan bagi pembangunan industri burung walit seperti:
(i) menyediakan satu Garis Panduan (1GP) Pembangunan Industri Burung
Walit Negara yang menyeluruh untuk diguna pakai oleh pelbagai agensi
yang terlibat bertujuan untuk menyelaras dan mengharmonikan pelbagai
peraturan pelaksanaan aktiviti penternakan dan pemprosesan serta
kegiatan import dan eksport sarang burung walit agar ia lebih tersusun
dan berdaya maju; dan
(ii) menyediakan Kerangka Pelan Induk Pembangunan Industri Burung
Walit.
Oleh : Jabatn Perkhidmatan Veterinar Negeri Selandgor.

No comments:

Post a Comment